DHRRA MALAYSIA | Building Resilient Communities

Videos

Home / Resources / Videos

Stateless Awareness Virtual Walk | DHRRA Malaysia

DHRRA Malaysia lancar Kempen Maya (Statelessness Awareness Virtual Walk) untuk Memupuk Kesedaran akan Isu Tanpa Kewarganegaraan bersempena Hari Hak Asasi Manusia

Masyarakat tanpa kewarganegaraan di Malaysia adalah di antara golongan yang paling terkesan akibat wabak COVID-19 dan tindakan pencegahan ketat yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. Namun, kerentanan golongan ini terhadap wabak COVID-19 dan kesannya masih tidak diberikan kepentingan dan terus diabaikan. Lebih membimbangkan lagi, mereka dikecualikan daripada pelan tindakan COVID-19 dan langkah-langkah perlindungan sosial yang lain, disebabkan oleh status bukan kewarganegaraan mereka. Sebalik kegentingan yang diwujudkan oleh COVID-19, ia juga telah menyerlahkan keterkaitan dalam kalangan masyarakat di negara kita, dan mengingatkan kita bahawa kemajuan dan kejayaan kita seMalaysia, sama ada daripada segi memerangi wabak COVID-19 ataupun dalam mengecapi pembangunan secara keseluruhan akan sukar dicapai sekiranya kita tidak melibatkan masyarakat terpinggir di negara kita, termasuklah masyarakat tanpa kewarganegaraan. Untuk memastikan golongan ini tidak terus tercicir dan ketinggalan daripada arus pembangunan negara, kita harus mengakui kewujudan individu tanpa kewarganegaraan dalam kalangan kita dan isu tanpa kewarganegaraan sebagai suatu masalah sosial yang perlu diselesaikan dengan segera.

Menyedari akan kepentingan menangani isu tanpa kewarganegaraan dalam membawa perubahan kepada kehidupan ribuan penduduk negara kita yang terjejas akibat isu ini, dan demi untuk menegakkan hak asasi golongan tanpa kewarganegaraan, DHRRA Malaysia akan melancarkan Kempen Maya (Stateless Awareness Virtual Walk) untuk memupukkan kesedaran umum akan isu tanpa kewarganegaraan pada 10 Disember 2020, bersempena dengan Hari Hak Asasi Manusia.

Melalui kempen maya ini, DHRRA Malaysia bertujuan untuk mendedikasikan 100 hari, iaitu dari 16 Januari 2021 hingga 25 April 2021, untuk meningkatkan pemahaman tentang isu tanpa kewarganegaraan, punca-punca, dan cara-cara untuk mengatasinya. Kempen S.A.V.W., yang akan dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, merupakan acara tahunan pertama yang dirancang oleh DHRRA Malaysia untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu tanpa kewarganegaraan. Kempen maya ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan DHRRA Malaysia untuk menyetempatkan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 ‘tanpa meninggalkan siapa pun’. Setakat ini, kempen ini telah mendapat sokongan dan disertai oleh lebih daripada 25 NGO, dan jumlahnya masih terus meningkat. Di samping itu, peserta dari lebih daripada 20 buah negara juga dijangkakan akan turut menyertai kempen S.A.V.W.

DHRRA Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput anda semua untuk turut menyertai dan menjayakan kempen 100 hari ini. Selain daripada menyertai acara Berjalan secara Maya ataupun Virtual Walk, anda juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik termasuklah aktiviti peningkatan kesedaran dalam webinar dan bengkel secara atas talian. Anda juga boleh mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan pendapat mengenai isu tanpa kewarganegaraan dengan mengambil bahagian dalam Sesi Perbincangan mengenai cara –cara untuk menangani isu tanpa kewarganegaraan, yang akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan sertailah kami dengan segera. Pendaftaran kini telah dibuka untuk S.A.V.W. Anda boleh melibatkan diri dalam kempen ini dengan sumbangan minima RM30. Anda juga boleh memilih daripada pelbagai Kategori Jarak Perjalanan yang disediakan dengan pembayaran yuran pendaftaran yang berbeza. Sekiranya anda berhajat untuk memberikan sumbangan tambahan untuk menjayakan kempen ini, anda juga boleh berbuat sedemikian semasa pendafataran.

Sekiranya anda masih tidak pasti, pertimbangkanlah hujah-hujah berikut akan kepentingan pernyertaan anda dalam kempen S.A.V.W.:

• Kempen maya ini merupakan suatu peluang keemasan untuk anda mendalami mengenai isu tanpa kewarganegaraan, dan mendidik keluarga dan rakan-rakan anda tentang isu yang penting ini.

• Anda boleh membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat tanpa kewarganegaraan dengan memberi sumbangan untuk meningkatkan perlindungan dan taraf hidup mereka.

• Anda juga berpeluang untuk bersuara dengan mengemukakan pendapat mengenai cara-cara untuk menangani isu tanpa kewarganegaraan di negara kita.

Dan,

• Dengan menyertai acara Berjalan secara Maya (Virtual Walk) selama 100 hari, anda akan pasti melangkah ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Marilah kita bersama-sama mengorak langkah ke arah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat tanpa kewarganegaraan di negara kita. Jadikanlah setiap langkah anda bermakna. #countMEin

Awareness

Posted date : Feb 01, 2021





Daftar Sebagai Pengundi | DHRRA Malaysia

Development of Human Resources for Rural Areas(DHRRA), Malaysia is a voluntary non-profit and non-political organization registered in 2006 under the societies Act of Malaysia 1966. It evolved from what was formerly known as MasDHRRA (1974-1998) and later, DHRRA Network Malaysia (1999-2005) that worked towards organizing a strong rural and self-reliant community through poverty alleviation and people’s empowerment initiatives.

DHRRA Malaysia is affiliated to a regional organization known as AsiaDHRRA. AsiaDHRRA is a regional partnership of eleven (11) social development networks and organizations in ten (10) Asian nations that envisions Asian rural communities that are just, free, prosperous, living in peace and working in solidarity towards self-reliance. The regional network is now composed of DHRRAs from Indonesia, Philippines, Malaysia, Thailand, Vietnam, Cambodia, Myanmar, South Korea, Taiwan-ROC, and Japan

For any assistance please contact DHRRA Malaysia @

Tel: 03-78873371 / 7271

H/P: 0162091146 / 0177803054 Email: general@dhrramalaysia.org.my

#Daftar #Sebagai #Pengundi #DHRRA #Malaysia #NGO #statelessness

Awareness

Posted date : Feb 01, 2021





DHRRA FOOD BRIDGE | #MALAYSIAPRIHATIN

The COVID19 pandemic is a defining global crisis which has shaken the humanity. Many have lost their job, facing a reduction in income, seeking mental health support and are living in uncertainties. During these difficult times, DHRRA Malaysia aims to provide continuous support to the vulnerable communities. Please support DHRRA FOODBRIDGE initiative at https://bit.ly/2Zfzloh

DONATE & SHARE!

Community Development

Posted date : Feb 01, 2021





Khidmat Nasihat Undang-Undang, Khidmat Psikologi, Isu Documentasi | DHRRA Malaysia

Development of Human Resources for Rural Areas(DHRRA), Malaysia is a voluntary non-profit and non-political organization registered in 2006 under the societies Act of Malaysia 1966. It evolved from what was formerly known as MasDHRRA (1974-1998) and later, DHRRA Network Malaysia (1999-2005) that worked towards organizing a strong rural and self-reliant community through poverty alleviation and people’s empowerment initiatives.

DHRRA Malaysia is affiliated to regional organization known as AsiaDHRRA. AsiaDHRRA is a regional partnership of eleven (11) social development networks and organizations in ten (10) Asian nations that envisions Asian rural communities that are just, free, prosperous, living in peace and working in solidarity towards self-reliance. The regional network is now composed of DHRRAs from Indonesia, Philippines, Malaysia, Thailand, Vietnam, Cambodia, Myanmar, South Korea, Taiwan-ROC, and Japan

For any assistance please contact DHRRA Malaysia @

Tel: 03-78873371 / 7271

H/P: 0162091146 / 0177803054

Email: general@dhrramalaysia.org.my

#DHRRA #Malaysia #NGO #statelessness

Awareness

Posted date : Feb 01, 2021





Bajau Laut Statelessness | DHRRA Malaysia

Bajau Laut Statelessness.

Awareness

Posted date : Feb 01, 2021





DHRRA MALAYSIA || INDIAN STATELESSNESS

INDIAN STATELESSNESS

Awareness

Posted date : Feb 01, 2021




Building Resilient Communities