Home > Current News > Usaha meningkatkan taraf hidup

DENGKIL: Lebih 80,000 pekerja diberhentikan sementara sehingga semalam berbanding 45,000 sepanjang bulan laluapabila beberapa kilang mengambil langkah mengurangkan kos operasi masing-masing, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Katanya, kebanyakan mereka adalah dalam sektor pembuatan dan elektronik, khususnya di Pulau Pinang serta Lembah Klang.

“Mereka tidak dibuang kerja, sebaliknya waktu atau tempoh bekerja dikurangkan kepada empat hari seminggu atau lapan jam sehari.

“Oleh itu, kerajaan sedang berusaha membantu mereka menerusi skim latihan (semula) sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian cek sumbangan ExxonMobil Malaysia kepada Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar (DHRRA), di sini, semalam.

Hadir sama, Penasihat DHRRA, Datuk N Marimuthu; Presiden DHRRA Malaysia, S Saravanan dan Pengarah Eksekutif Urusan Perniagaan Anak Syarikat ExxonMobil di Malaysia, Fatimah Merican.

Program yang dilancarkan sejak tahun lalu itu bertujuan memberi latihan kemahiran kepada lebih 13,000 wanita dari golongan berpendapatan rendah khususnya di kawasan luar bandar, dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.
Subramaniam berkata, sehingga kini sebanyak 20 syarikat sudah menutup operasi di negara ini berikutan krisis kewangan.

Sumber: Berita Harian