Home > Youth Development Programme > Capacity Building > Tawaran Biasiswa Sukan

Atlet Malaysia dalam bidang pengajian berikut di Universiti/ Institusi pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf Kerajaan adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan Kementerian Belia dan Sukan.

Bidang Pendidikan

SAINS SUKAN
KESIHATAN DAN KECERGASAN
PENGURUSAN KESENGGANGAN
PENGAJIAN SUKAN
FISIOTERAPI
PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI
PEMAKANAN
PENDIDIKAN JASMANI
PERUBATAN
PERGIGIAN
FARMASI
PEMULIHAN ANGGOTA
LAIN LAIN BIDANG BERKAITAN YANG DIPERSETUJUI OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Kaedah Permohonan

1.Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun. Hebahan tawaran diumumkan melalui Laman Web Rasmi Kementerian Belia dan Sukan dan akhbar tempatan yang terpilih. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja.

2.Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan. Pemohon boleh membuat kemaskini sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 10 FEBRUARI 2015.

3.Pemohon yang layak dipanggil temuduga sahaja perlu membawa bersama dua (2) salinan cetakan permohonan yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
4.Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.

Untuk mengetahui syarat kelayakan dan maklumat lanjut sila klik Biasiswa Sukan