Home > Current News > Selesai 1,903 masalah

PETALING JAYA: “Kami sedia membantu sesiapa saja yang memerlukan pertolongan terutamanya golongan wanita, remaja dan kanak-kanak yang mempunyai masalah, tetapi tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.

“Bukan hanya memfokus kepada kaum India, kami memberi perkhidmatan kepada semua kaum di Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan pendidikan secara percuma,” kata Pengarah Pembangunan Komuniti Era Consumer Malaysia (ECM), Nanthini Ramalo.

Ditubuhkan sejak 2003, ECM sudah menyelesaikan hampir 1,903 kes membabitkan masalah sijil kerakyatan, sijil perkahwinan, sijil kelahiran, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Nanthini berkata, pihaknya menerima pelbagai jenis kes antaranya kes bunuh diri, lari dari rumah, penderaan dan paling banyak dikemukakan ialah sijil kerakyatan.

Selain membantu, ECM juga menjalankan pelbagai aktiviti dan program yang disertai ibu tunggal, remaja dan kanak-kanak yang tampil meminta pertolongan.

sini, kami tidak menyediakan rumah perlindungan, walaupun begitu kami mempunyai hubungan yang baik dengan setiap rumah perlindungan yang lain dan akan menghantar mereka iaitu mangsa yang mengadu ke tempat yang sesuai.

“Pusat komuniti kami bukan saja di sini, tetapi boleh juga didapati di Dengkil (Selangor), Slim River, Bidor, Taiping (Perak), Sungai Petani (Kedah) dan Pontian (Johor),” katanya.

Menurutnya, masyarakat tidak perlu risau mengenai pembayaran kerana setiap perkhidmatan diberi tidak dikenakan caj dan yang penting golongan terbabit berani datang ke hadapan menyuarakan masalah mereka.

Sebagai tanda sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat Malaysia, ECM pertama kali melancarkan Unit Komuniti Bergerak mereka yang akan bergerak di seluruh semenanjung iaitu dengan memfokus di 20 lokasi terpilih yang bermula di negeri sebelah utara.

Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

01-05-2009

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/MetroPlus/20090501083844/Article/index_html