DHRRA MALAYSIA | Building Resilient Communities

Press statement

Home / Resources / Press statement

Utusan Melayu

Community Development


Jelajah “Zero to Hero” Siri #1 in Johor

LABIS 17 Jan. – Seramai 180 pelajar tingkatan lima dan enam dari tiga sekolah menengah di Labis didedahkan dengan pengalaman baharu serta kaedah belajar yang berkesan semasa menyertai Program ‘Zero to Hero’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Arifin Labis, di sini.

Pengarah Program, Mohamad Shahrir Tamrin berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha sekumpulan anak muda tempatan yang berkongsi pengalaman kejayaan mereka dengan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) nanti.

“Apa yang menarik, program ini dijayakan oleh bekas pelajar di ketiga-tiga sekolah menengah di sini yang telah berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi.
“Sebagai bekas pelajar di salah sebuah sekolah berkenaan kami rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman perjalanan kami menuju kejayaan dengan para pelajar tersebut,” katanya selepas majlis penutupan program berkenaan semalam.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh.

Seorang peserta, Sahira Haridon,17, pelajar tingkatan lima SMK Munshi Ibrahim Labis mengakui mendapat semangat baharu untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM nanti

“Perkongsian pengalaman de­ngan bekas pelajar sedikit sebanyak mampu memberi panduan tentang kaedah belajar yang lebih berkesan serta bagaimana untuk memilih kerjaya berpandukan kemampuan serta minat diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Azwan Abu Bakar, 17, pelajar SMK Kamarul Arifin mengakui pengalaman serta usaha bekas pelajar mengejar cita-cita mereka dalam mencapai kejayaan membakar semangatnya untuk melipatgandakan usaha bagi menghadapi SPM nanti.

Tan Xue Bing, 19, pelajar SMK Labis pula menyifatkan program tersebut memberi banyak manfaat kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar pada hujung tahun ini.

“Terlalu bamyak ilmu yang kami peroleh sepanjang mengikuti program ini yang membuka minda kami untuk membuat pilihan serta halatuju dalam kerjaya yang dipilih selepas menamatkan zaman persekolahan,” katanya.

“Sebelum ini saya keliru untuk memohon bidang yang sesuai untuk saya swkiranya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, tetapi saya mendapat panduan selepas mengikuti program ini,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/180-pelajar-didedahkan-kaedah-pembelajaran-program-8216-zero-to-hero-8217-1.432815#ixzz4hXVUZPK2
© Utusan Melayu (M) Bhd



img
Recent Reports
Recent Press
The Economic Times
Free Malaysia Today
TheSentral
Recent Publications

Building Resilient Communities