Home > Youth Development Programme > Ahli Parlimen Belia

beliaPara pegawai DHRRA Malaysia mengadakan pertemuan dengan wakil peserta program Parlimen Belia untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan hala tuju belia kaum India di Malaysia.

Pertemuan diadakan di Hotel Crystel Crown, Petaling Jaya pada 22 April 2016. Tiga Ahli Parlimen Belia berkongsi pengalaman dan pandangan, sementara wakil DHRRA Malaysia menghuraikan mengenai projek RIC (www.dhrraric.com).

Semua yang menyertai sesi perbincangan ini mengakui keperluan untuk pelbagai pihak bergabung tenaga dan bekerjasama demi manfaat komuniti India dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.